Jenis pembakaran Pembakaran

Pembakaran marak

Pembakaran marak atau cepat merupakan satu bentuk pembakaran yang mana banyak tenaga haba dan cahaya dibebaskan. Pembakaran sebegini biasanya wujud sebagai api.Biasanya pembakaran ini digunakan dalam bentuk mekanisme, seperti enjin pembakaran dalaman, dan dalam senjata termobarik.

Pembakaran perlahan

Pembakaran perlahan adalah satu bentuk pembakaran yang berlaku pada suhu rendah. Respirasi adalah satu contoh pembakaran perlahan.

Pembakaran sempurna

Dalam pembakaran lengkap, zat tindakbalas akan terbakar di dalam oksigen, menghasilkan beberapa jenis produk. Apabila hidrokarbon terbakar di dalam oksigen, kesan tindakbalas akan hanya menghasilkan karbon dioksida dan air. Apabila elemen seperti karbon, nitrogen, sulfur dan besi terbakar, elemen tersebut akan menghasilkan oksida yang paling umum. Karbon akan menghasilkan karbon dioksida. Nitrogen akan menghasilkan nitrogen dioksida. Sulfur akan menghasilkan sulfur dioksida. Besi akan menghasilkan besi(III) dioksida. Pembakaran lengkap pada amnya adalah mustahil untuk dicapai kecuali tindakbalas yang berlaku dikawal secara berhati-hati (e.g. di dalam persekitaran makmal).

Pembakaran bergelora

Pembakaran bergelora merupakan pembakaran yang dibentuk oleh aliran-aliran bergelora. Pada kebanyakan waktu, pembakaran ini digunakan dalam industri seperti turbin gas dan enjin diesel kerana gelora membantu proses pencampuran bahan api dan agen pengoksidaan.

Pembakaran tidak sempurna

Dalam pebakaran tidak sempurna, bekalan oksigen yang diperlukan bagi pembakaran adalah tidak cukup. Bahan tindak balas akan terbakar dalam oksigen, tetapi menghasilkan pelbagai hasil. Apabila suatu hidrokarbon terbakar dalam oksigen, tindak balas itu akan menghasilkan karbon dioksida, air, karbon monoksida serta pelbagai komponen lain seperti oksida nitrogen. Pembakaran tidak sempurna adalah lebih umum dijumpai dan menghasilkan pelbagai hasil sampingan, dan dalam hal pembakaran bahan api kenderaan, hasil-hasil ini adalah berbahaya dan boleh merosakkan alam.

Pembakaran berbara

Pembakaran berbara atau pendam ialah pembakaran tanpa nyalaan api, menghasilkan haba daripada tindak balas heterogen yang berlaku di permukaan bahan api pepejal apabila dipanaskan dalam persekitaran pengoksidaan. Perbezaan asas antara pembakaran berbara dengan pembakaran bernyala ialah dalam pembaraan, pengoksidaan bahan tindak balas berlaku di permukaan pepejal dan bukannya dalam fasa gas. Suhu dan haba yang dibebaskan dalam pembakaran berbara adalah rendah berbanding dengan pembakaran bernyala suatu pepejal. Takat-takat umum pembakaran berbara ialah sekitar 600 °C pada puncaknya dan membebaskan 5 kJ per gram O2 berbanding takat nyalaan 1500 °C dengan 13 kJ per gram O2 haba terhasil dalam nyalaan. These characteristics make smolder to propagate at low velocities, typically around 0.1 mm/s, which is about two orders of magnitude lower than the velocity of flame spread over a solid. In spite of its weak-combustion characteristics, smouldering is a significant fire hazard.